Monday, 28 November 2011

PENGAJARAN BAHASA MELAYU TAHUN 5 SJK

TAJUK: MEMBUAT ULASAN NILAI MURNI

LANGKAH 1

v  MURID MEMBACA PETIKAN DIALOG DENGAN SEBUTAN DAN INTONASI YANG BETUL.

Tulis beberapa nilai/pengajaran yang kamu boleh dapati daripada puisi di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Buah delima pelbagai rasa,
Dipetik sebelum waktu senja;
Dari kecil hinggalah dewasa,
Ibu bapa membelai penuh manja.

Dalam sungai dipasang bubu,

Masuk seekor anak kelisa;
Sungguh mulia jasamu ibu,
Sepanjang hayat dikenang sentiasa.

Limau kasturi jangan dilupa,
Beli juga sebungkus asam jawa;
Tidakku lupa padamu bapa,
Sanggup berkorban harta dan nyawa.

Kacang dicampur santan kelapa,

Nasi berulam pucuk pegaga;
Terima kasih ibu dan bapa,
Bersyukur kita hidup bahagia.



LANGKAH 2

v  MURID MENGGARISKAN FRASA AYAT YANG MEMPUNYAI UNSUR NILAI
v  CONTOH FRASA-FRASA AYAT YANG DIGARIS

FRASA AYAT
NILAI MURNI
Ibu bapa membelai penuh manja
KASIH SAYANG
Sepanjang hayat dikenang sentiasa
BAIK HATI
Sanggup berkorban harta dan nyawa.
BERTANGGUNGJAWAB
Terima kasih ibu dan bapa,
MENGHORMATI IBU BAPA


LANGKAH 3

v  MURID MEMBUAT ULASAN NILAI MURNI YANG TELAH DISENARAIKAN
v  CONTOH JAWAPAN

Kita mestilah mempunyai perasaan kasih sayang seperti membelai anak-anak dengan penuh manja supaya keluarga hidup bahagia. Seterusnya kita, hendaklah baik hati seperti mengenang jasa ibu bapa yang telah membesarkan kita bagai menatang minyak yang penuh. Di samping itu, kita wajarlah bertanggungjawab terhadap anak-anak seperti sanggup berkorban harta mahupun nyawa demi anak-anak. Akhir sekali, kita hendaklah menghormati ibu bapa seperti mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang sudah membesarkan kita.







No comments:

Post a Comment