Monday, 28 November 2011

PENGAJARAN BAHASA MELAYU TAHUN 5 SJK

TAJUK: MEMBUAT ULASAN NILAI MURNI

LANGKAH 1

v  MURID MEMBACA PETIKAN DIALOG DENGAN SEBUTAN DAN INTONASI YANG BETUL.

Tulis beberapa nilai/pengajaran yang kamu boleh dapati daripada puisi di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Buah delima pelbagai rasa,
Dipetik sebelum waktu senja;
Dari kecil hinggalah dewasa,
Ibu bapa membelai penuh manja.

Dalam sungai dipasang bubu,

Masuk seekor anak kelisa;
Sungguh mulia jasamu ibu,
Sepanjang hayat dikenang sentiasa.

Limau kasturi jangan dilupa,
Beli juga sebungkus asam jawa;
Tidakku lupa padamu bapa,
Sanggup berkorban harta dan nyawa.

Kacang dicampur santan kelapa,

Nasi berulam pucuk pegaga;
Terima kasih ibu dan bapa,
Bersyukur kita hidup bahagia.



LANGKAH 2

v  MURID MENGGARISKAN FRASA AYAT YANG MEMPUNYAI UNSUR NILAI
v  CONTOH FRASA-FRASA AYAT YANG DIGARIS

FRASA AYAT
NILAI MURNI
Ibu bapa membelai penuh manja
KASIH SAYANG
Sepanjang hayat dikenang sentiasa
BAIK HATI
Sanggup berkorban harta dan nyawa.
BERTANGGUNGJAWAB
Terima kasih ibu dan bapa,
MENGHORMATI IBU BAPA


LANGKAH 3

v  MURID MEMBUAT ULASAN NILAI MURNI YANG TELAH DISENARAIKAN
v  CONTOH JAWAPAN

Kita mestilah mempunyai perasaan kasih sayang seperti membelai anak-anak dengan penuh manja supaya keluarga hidup bahagia. Seterusnya kita, hendaklah baik hati seperti mengenang jasa ibu bapa yang telah membesarkan kita bagai menatang minyak yang penuh. Di samping itu, kita wajarlah bertanggungjawab terhadap anak-anak seperti sanggup berkorban harta mahupun nyawa demi anak-anak. Akhir sekali, kita hendaklah menghormati ibu bapa seperti mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang sudah membesarkan kita.







Sunday, 27 November 2011

TAMBAHAN TATABAHASA BM UPSR


1. Cara memotong
a) memotong
b) mengerat
c)menghiris
d)membelah
e) menetak
f)mencantas
g)memangkas
h)menggunting
i)melapah
j)menyembelih
k)menyiat
l)mencencang
m)menebang
n)memenggal
o)menakik
p)menebas


2. Cara jatuh
a)terjatuh
b)tersembam
c)tersungkur
d)tertiarap
e)terjelopok
f)telentang
g)terpelanting
h)terjunam
i)terbabas
j)terhumban


3. Cara makan/minum
a)membaham
b)menelan
c)melulur
d)mengunyah
e)menggigit
f)mengerit
g)memagut
h)meneguk
i)menyedut
j)menghirup
k)menghisap

4. Cara duduk
a)bersila
b)berlunjur
c)bersilang
d)bertinggung
e)berlutut
f)bersimpuh

5. Cara menggosok
a)mengelap
b)mengesat
c)menggosok
d)menggilap
e)mengilat

6. Cara menggunakan air
a)menyimbah
b)menyiram
c)menjirus
d)merenjis
e)mencurah
f)menuang


7. Cara membuang
a) membaling
b)membuang
c)melontar
d)mencampak
e)menghempas
f)merejam
g)melempar

8. Jatuh........
a)tumbang
b)runtuh
c)rebah
d)jatuh
e)gugur
f)roboh
g)ranap
h)luruh


9. Bimbang........
a)bimbang
b)rimas
c)resah
d)ragu-ragu
e)cuak
f)curiga
g)gelisah
h)takut
i)cemas
j)sangsi
k)risau
l)runsing

10. Datang/muncul.......
a)muncul
b)tampil
c)terbit
d)timbul


11. Arah/haluan........
a)mundar-mandir
b)lalu-lalang
c)bolak-balik
d)ulang-alik


12. Bising........
a)riuh-rendah
b)hingar-bingar                                 
c)gegak-gempita
d)bingit


TAJUK-TAJUK PENTING BAHASA MELAYU UPSR SK/SJK 2011

Tajuk-tajuk penting.

1. Lawatan ke sebuah tempat yang menarik/bersejarah
2. Pengalaman terlibat dalam satu aktiviti-majlis hari lahir, perkahwinan (2009 SJK), aktiviti di sekolah (2009 SJK)
3. Sukan (2009 SK)
4. Kokurikulum5. Perpustakaan
6. Komputer
7. Kebersihan (2009 SJK)/kesihatan diri
8. Mengenang jasa ibu bapa, guru, orang tua (cara menghormati)
9. Tindakan yang dijalankan dalam satu-satu situasi
10.Autobiografi
11. Cara-cara/persediaan menghadapi peperiksaan (2009 SK)
12. Cara-cara/bagaimana menjadi murid yang cemerlang/orang yang
      berguna
13. Majlis perpisahan seseorang
14. Perkelahan
15. Perkhemahan
16. Hobi
17. Soalan-soalan yang berkaitan dengan nilai murni (2009 SK)
Tajuk-tajuk Tambahan 2010
18. Kawan baik - ciri-ciri/sifat-sifat/mengapa pilih dia
19. Keluarga
20. Cara-cara menjaga keceriaan/kebersihan sekolah/rumah
21. Hari Guru/Hari Kanak-kanak/Hari Kantin/pertandingan di sekolah


Teknik Menulis BM UPSR



Perkara-perkara penting dalam BM Penulisan SJK:

Bahagian A :


1. Baca arahan - aktiviti, situasi,gambar.
2. a) Aktiviti - gunakan kata kerja. b)Situasi - tulis 1/2 ayat berdasarkan situasi manakala yang lain kata kerja.
c) Gambar - tulis 1/2 ayat berdasarkan gambar manakala yang lain kata kerja.
3. Boleh guna nama orang, kata bilangan - beberapa, dua orang
4. Ayat gramatis - galakkan guna ayat majmuk. Sekurang-kurangnya 8 -12 patah perkataan.
5. Elakkan ayat tunggal.
6. Kebiasaannya gambar-gambar yang akan disiarkan berbentuk positif. Gambar-gambar yang berbentuk
negatif seperti kebakaran, kemalangan, banjir, kematian, hospital dan lain-lain biasanya tidak akan
disiarkan.
7. Jangan tulis ayat yang berbentuk cerita. Jangan gunakan penanda wacana.
8. Tulis keadaan atau situasi yang kelihatan di dalam gambar. Contoh - senyum, sedih, ketawa, gembira dan
sebagainya.
9. Buat semakan ayat.

Bahagian B.


1. Baca kesemua 3 soalan yang diberikan dan pilihlah yang terbaik.
2. Buat kerangka isi - pendahuluan, isi dengan huraian dan contoh serta penutup.
3. Kaedah peta minda yang telah saya ajar sebelum ini amat berkesan.
4. Tulis karangan dengan pengolahan yang menarik. Pastikan format karangan betul dan jangan keluar
tajuk.
5. Boleh masukkan peribahasa atau simpulan bahasa yang baik dan sesuai untuk menjadikan karangan
menarik.
6. Tulisan kemas, jelas dan terang. Pemeriksa akan mudah membacanya.
7. Buat semakan ayat.


Bahagian C.


1. Baca arahan soalan - nilai murni, pengajaran, amalan baik.
2. Baca teks dan gariskan kata-kata bernilai murni.
3. Nyatakan keterangan untuk kata-kata tersebut.
4. Patuhi arahan soalan - 4/5 nilai . Yang lebih, tidak akan diberi
      markah.
5. Tulis ulasan dengan struktur ayat yang betul.
6. Patuhi arahan jumlah soalan - tidak lebih daripada 40 (SJK)/50
       (SK) patah perkataan.
7. Namun perlu diingatkan, calon boleh menulis sehingga 50
       (SJK) /60(SK) patah perkataan dan jangan terlalu panjang
         sehingga menjadi seperti karangan.
8. Tulis jumlah perkataan di sebelah kanan hujung ulasan.
9. Mulakan dengan .........Kita haruslah/perlulah....................
10. Kata bantu - hendaklah, mestilah, kenalah, patutlah, wajarlah
11. Ingat bahawa - NILAI/PENGAJARAN dan CONTOH adalah  
          penting berdasarkan petikan yang dibaca.
12. Berikan huraian - supaya........, untuk........., kerana.........,
          dengan.........
13. Buat semakan ayat..    
                                                          Oleh : Zuraini Abas